Persenjataan dan Kelengkapan Pasukan_Khas_Laut

Persenjataan khusus merupakan isu penting dalam pasukan elit dalam menjalankan beberapa operasi-operasi khas. Dalam menjaga lebih 50+ pelantar minyak syarikat dengan aset yang paling berharga di perairan Malaysia, kelengkapan PASKAL meliputi kemajuan dan kecanggihan peralatan khusus dalam inventori pasukan keselamatan. Kini, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan yang jauh lebih ringan dan moden serta kelengkapan khusus seperti alat pandang malam, bot taktikal, motor selam mini, pejera laser bagi senjata raifal dan karbin. Dibawah adalah senarai persenjataan khas PASKAL.

Data Senjata Ringan
PistolSenapang PatahSubmesinganRaifal / KarbinAnti MaterialPenembak TepatMesingan
Glock 17Mossberg 500FN P90 PDWAK 102Robar RC-50AI - AWMCETME Ameli
Glock 18Remington M870HK MP5A51Colt M4HK MSG-90FN Minimi
Glock 19Remington M1100HK MP5SD6Colt M16A1M14 DMRM60A2.
HK MP5K-A4 PDWHK 416
HK MP7A1-PDWHK G36KE
HK UMP .45HK G36C
HK XM8

1Demi mencipta kelainan daripada pasukan elit Malaysia yang lain, persenjataan MP5A5 buatan Heckler & Koch (HK) yang digunakan oleh PASKAL ini telah digantikan dengan MP5A5 buatan Brugger & Thomet (B&T) dari Switzerland. B&T MP5A5 direka khusus dengan penyaduran bahan khas supaya ia boleh digunakan dikawasan perairan dalam tempoh yang amat ekstrem, seakan sama dengan MP5-Navy buatan HK.

PASKAL sememangnya mempunyai latihan khas yang terbaik sesuai dengan mottonya Sentiasa Terbaik, kelengkapan yang canggih dan unit sokongan khas dalam cabang Angkatan Tentera Malaysia. Penggunaan karbin ringan Heckler & Koch HK416 buatan Jerman yang lengkap dengan sistem sokongan tempur telah dilihat sebagai contoh utama dimana unit ini setanding atau lebih baik daripada US Navy SEALs.

Rujukan

WikiPedia: Pasukan_Khas_Laut http://navypaskal.blogspot.com http://members.tripod.com/~gerak_khas/paskal.htm http://www.youtube.com/watch?v=-rf1ju4EMLk&feature... http://www.youtube.com/watch?v=KVKrq2-2eSU http://www.youtube.com/watch?v=eJz15OscXTk&feature... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0122&p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://pusmas.navy.mil.my/index.php/sejarah-tldm/h... http://www.navy.mil.my/